Sabtu, 17 Mac 2012



Assalamualaikum - Selamat sejahtera ke atas kamu.

Blog "Jendela Bahasa Melayu" ini adalah blog pengisian ilmu aplikasi daripada mata pelajaran Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105), sepanjang 90 jam interaksi guru pelatih bersama pensyarah. Semoga segala pengisian ilmu dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Pemilik blog adalah salah seorang dari guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan bakal menjadi seorang guru Bahasa Melayu kelak. InsyaAllah. 




HASIL PEMBELAJARAN :

1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; 
model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.



SINOPSIS :

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

This course describes the use of internet, internet resouces, procedures, ethics, learning homepage, linkages in application structure, application of information processing model, on-line learning of language learning, virtual and video learning, use of writing tools, animation in presentation, learning CDs in teaching, conference and exhibition in ICT.

Tajuk.15 - ISL ( INDIPENDENT SELF LEARNING )

Tajuk 15 = Seminar dan Pameran TMK salam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

Tajuk.14 - Kumpulan 7

Tajuk 14 - Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 7 = 
MUHAMMAD IKRAM BIN AHMAD ZAMRI
NUR FARHANA BINTI MD RAMLI
SITI AISYAH BINTI KAMARODIN

Tajuk.13 - Kumpulan 6

Tajuk 13 - Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 6 =
NOR IZWANIS BINTI YAKUB
SITI NORLELA BINTI SAMION
SITI NABILLAH BINTI MOHAMMAD

Tajuk.12 - Kumpulan 5

Tajuk 12 - Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 5 =
MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD SHUKRI
MOHAMMAD REDWAN BIN JABAR

Tajuk.11 - Kumpulan 4

Tajuk 11 - Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 4 =
MUHAMAD NAZRI BIN MAHMUD
MOHAMMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN
MOHD FIRDAUS BIN NOORAZMI

Tajuk.10 - Kumpulan 3

Tajuk 10 - Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Kumpulan 3 =
ABU SAMAH BIN JAAFAR
MOHAMAD JABAL NUR BIN PARI
NURHIDAYU BINTI RAFIEE

Tajuk 9 - Kumpulan 2

Tajuk 9 - Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman

Kumpulan 2=
ZULFADHLI BIN AHMAD
NURUL NAZIERA BINTI MD NOH
TUAN NORHANIS BINTI TUAN HASDI

Tajuk 8 - Kumpulan 1

Tajuk 8 - Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian dan Luar Talian

Kumpulan 1 =
Nadzirah Binti Mohd Jaszari 
Syahfiera Binti Syahlan 
Nurul Shaniza Binti Khairudin

Tajuk 7 - Kumpulan 7

Tajuk 7 - Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 7 =
Muhammad Ikram Bin Ahmad Zamri 
Nur Farhana Binti Md Ramli 
Siti Aisyah Binti Kamarodin


Tajuk 6 - Kumpulan 6

Tajuk 6 - Membina dan mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 6 =
Nor Izwanis Binti Yakub 
Siti Norlela Binti Samion 
Siti Nabillah Binti Mohammad

Tajuk 5 - Kumpulan 5

Tajuk 5 - Membina dan menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 5 =
Muhammad Syazwan Bin Mohd Shukri 
Mohammad Redwan Bin Jabar

Tajuk 4- Kumpulan 4

Tajuk 4 - Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 4 =
Muhamad Nazri Bin Mahmud 
Mohammad Fiqry Bin Zainal Abidin 
Mohd Firdaus Bin Noorazmi




Tajuk 3 - Kumpulan 3

Tajuk 3 - Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Kumpulan 3 =
Abu Samah Bin Jaafar 
Mohamad Jabal Nur Bin Pari 
Nurhidayu Binti Rafiee 



Tajuk 2 - Kumpulan 2

Tajuk 2- Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kumpulan 2 =
Zulfadhli Bin Ahmad
Nurul Naziera Binti Md Noh
Tuan Norhanis Binti Tuan Hasdi

Tajuk.15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
1. Mengadakan seminar
2. Mengadakan pameran


1. Mengadakan seminar

Seminar :
Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

· Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu

· Penggunaan komputer di sekolah

· Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu



Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar



Kelebihan seminar:

i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagan yang baru

Kekurangan seminar :

i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan


2. Mengadakan pameran

Pameran :
Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. 


Ciri-ciri pameran Bahasa melayu berbantukan komputer :

i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

Tajuk.14

BENGKEL CEKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1. Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
2. Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
3. Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

Tajuk.13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1. Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
2. Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
3. Memanipulasi animasi dalam persembahan


Tajuk.12

MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
2. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

  • Pengenalan
Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.
Mengarang juga boleh di istilahkan sebagai  membuka dan menyelaraskan semua komponen media yang telah disediakan bagi aplikasi muktamad multimedia. Ini hanya dilakukan dengan menggunakan perisian yang digelar sebagai alat pengarangan.



1. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah


Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Menghantar Emel

1) Buka akaun emel anda seperti yahoo atau gmail
2) Isikan ‘nama pengguna’ dan ‘kata laluan’
3) Kemudian tekan ‘daftar masuk’
4) Kemudian daftar masuk dan pilih pautan yang dikehendaki
5) Untuk menghantar emel, klik pada karang mel.
6) Kemudian isikan “penerima’, ‘subjek’, ‘teks’ dan lampirkan gambar jika perlu di ruang ‘lampirkan fail’.
7) Langkah terakhir ialah klik pada butang “Hantar”
8) Emel sudah siap dihantar.



Blog

Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Laman web seperti ini biasanya dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.


Sejarah Blog

Media blog pertama kali dipopularkan oleh ‘Blogger.com,’ yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diambil oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang dikhususkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang sangat fleksibal seperti catatan harian, media politik, berita semasa sehinggalah program-program media, syarikat-srarikat dan sebagainya. Sebahagian blog ditulis oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tamu dan kotak komentar yang dapat membenarkan para pengunjungnya meninggalkan komen atau isi dari tulisan yang ditulis, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat tidak beleh berinteraksi (non-interaktif)



Jenis-jenis alat pengarangan:

Perisian Alat pengarangan
Linkway
Language Plus
Scala
Toolbook
Authorware
ComIL




2. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan


Prosedur penyuntingan bahan Bahasa melayu
i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data


Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point.


Tajuk.11

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
1. Konferansi secara atas talian
2. Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


  • Pengenalan 

Telesidang atau sidang video merupakan satu sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video bukan satu alat atau cara yang baru tetapi ianya sudah lama diamalkan dalam sistem pendidikan negara kita. Telesidang ini amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh.

1. Konferansi secara atas talian

Jenis telesidang :

Telesidang
seminar
kuliah
ceramah
jemputan
tutorial
tunjukcara
mesyuarat
perdebatam
persidangan


Jenis Persidangan Video
i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu

Transmisi Sidang Video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
i. Cekup (capture)
a. Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
b. Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.

ii. Mampat
a. Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
b. Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.

iii. Siar
a. Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
b. Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Kebaikan menggunakan Sidang Video
i. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
ii. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
iii. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
v. Mempertingkatkan komunikasi.
vi. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.


Kelemahan menggunakan Sidang Video
i. Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
ii. Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.



2. Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


Mengadakan Sidang Video untuk mengajarkan kemahiran mendegar, bertutur, membaca dan menulis

Langkah 1
• Meyediakan bahan pengajaran seperti power point

Langkah 2
• Menyediakan papan layar supaya murid dapat melihat dengan jelas
• Meyediakan pembesar suara supaya suara kedengaran dengan jelas

Langkah 3
• Memastikan murid dalam keadaan terkawal

Langkah 4
• Memulakan pengajaran mengikut tahap kemahiran
Kemahiran mendengar dan bertutur : bersoal jawab
o Kemahiran membaca : membaca petikan di papan layar
o Kemahran menulis : membuat latihan

Blog ini hak milik kekal jendela bahasa melayu. berminat menempah template klik sini caersasuke