1. Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
2. Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
3. Membina bahan
- Pengenalan
Dalam Model Pemprosesan Maklumat, istilah dekod dan enkod sangat penting dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, dekod adalah seseorang yang menerima maklumat manakala enkod pula adalah penyampai maklumat. Beberapa istilah yang sering dikaitkan dalam model ini seperti maklumat iaitu mesej yang ingin disampaikan.
Model pemprosesan maklumat amat penting dalam bidang pembelajaran. Melalui model ini, guru dapat melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap pelajarnya. Apabila mengikuti model ini, jelaslah sekali bahawa ianya amat berkait rapat dengan memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Tumpuan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah bagi mengekalkan ingatan pelajar kepada tahap yang paling maksimum iaitu ingatan jangka masa panjang.
1. Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
Bengkel Model Pemprosesan Maklumat
Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat iaitu pengkodan, penyimpanan,mengingat kembali dan lupaan.
1) Pengkodan ('Encoding')
Pengkodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru melalui cara demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar.
2) Penyimpanan ('Storage')
Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses pengkodan telah berlaku kepada atlit atau pelajar itu.
3) Mengingat Kembali ('Retrieval')
Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah proses pengkodan dan proses penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan mengingat kembali boleh berlaku dalam masa sejam, seminggu, sebulan, setahun malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada kekuatan seseorang itu dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan.
4) Lupaan ('forgetting')
Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.
Terdapat dua jenis ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan jangka panjang.
1.) Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).
2.)Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. William James (1980) mengatakan bahawa memori jangka panjang sebagai kesempurnaan memori. Ia adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku. Seseorang atlit itu perlu memahami mengenai gelombang otak.
Terdapat empat jenis gelombang otak
1. Beta (β) – gelombang otak sedar berlaku semasa jaga, menumpu perhatian, alert,
berfikir dan aktif belajar.
2. Alfa (α) – gelombang ini berlaku semasa otak relax tetapi ‘alert’, berzikir (meditation),
Berkhayal (day-dream).
3. Teta (θ) gelombang otak ini berlaku semasa awal tidur (twilight zone), dimana otak
Memproses maklumat hari itu dan terbayang sesuatu inspirasi.
4. Delta (δ) gelombang otak ini berlaku semasa tidur nyenyak (deep sleep,dreamless
Sleep).
Selain itu, individu perlu mengetahui bahawa, persekitaran adalah sesuatu yang penting untuk pembelajaran secara optimum. Melalui persekitaran visual, sebanyak 80 hingga 90 % maklumat yang diserap oleh otak ialah dalam bentuk visual (Jensen,2000). Mata boleh menerima atau mendaftar 36,000 mesej visual sejam. Oleh itu pendekatan demonstrasi oleh guru adalah satu kaedah yang sesuai dalam urusan pengukuhan proses ingatan seseorang.Seseorang individu itu juga perlu menyedari bahawa proses ingatan sentiasa dikukuhkan melalui pembinaan sinaps yang baru. Apabila sinaps berhubungan ia menjadi lebih kompleks seumpama hutan rimba. Jalinan atau rangkaian neurons ini dibentuk hasil pengalaman yang dialami oleh pelajar. Perhubungan antara sel neuron membina struktur pemahaman (skema). Skema ini sentiasa berubah kerana sifat ‘plasticity’ otak kita. Apabila kukuh ia menjadi ingatan iaitu memori.
2. Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
3. Membina bahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan