Khamis, 12 Januari 2012

Tajuk 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU 
1. Menggunakan web, video, audio, dan imej.
2.  Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
3.  Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog. 



  • Pengenalan

Enjin Pencari merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat. Pembekal maklumat dperlukan untuk melayari sesawang tertentu. Pelbagai maklumat akan dapat diakses di mana-mana sahaja di merata dunia. Pengguna internet dapat pergi ke lokasi mana-mana sahaja yang diinginkan maklumatnya samada dalam bidang pendidikan, perdagangan, perubatan dan lain-lain. Pengguna boleh menggunakan enjin pencari yang banyak terdapat di internet untuk mendapatkannya. Yang penting, rentetan yang hendak dicari ditentukan, manakala enjin pencari tersebut akan menentukan mana-mana pelayan yang disambung.

Keputusan carian akan memaparkan nama fail, saiz, tarikh data dicipta, lokasi dan hos komputer di mana data tersebut berada. Setelah pengguna ini mengetahuinya, FTP (File Transfer Protocol) digunakan untuk memindahkan fail tersebut. Protokol ini membenarkan sambungan rangkaian ke komputer lain dan seterusnya memindahkan fail, sekelompok fail atau keseluruhannya juga boleh memindah pelbagai jenis fail termasuk aplikasi, teks, grafik, audio, video, multimedia dan lain-lain. Enjin pencari dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.  Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet contohnya seperti :

Yahoo



Google 

Msn




dan lain-lain lagi pembekal maklumat yang tersedia. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google.


  • 1. Menggunakan web, video, audio, dan imej.

 Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik. Contohnya :

Pembekal maklumat internet Google yang mempunyai elemen audio, video, teks dan grafik

Pembekal maklumat internet Msn  yang mempunyai elemen audio, video, teks dan grafik

Pembekal maklumat internet Yahoo yang mempunyai elemen audio, video, teks dan grafik

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.






Contoh Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Contoh pencarian web pencarian Bahasa Melayu :
Contoh bahan berunsurkan video :

Contoh bahan berunsurkan audio :

Contoh bahan berunsurkan imej :


  • 2.  Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan. Contohnya kita ingin mencari teks mengenai cerita teladan. Gunakan kunci kata yang sesuai iaitu "cerita + teladan". Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan yang berkaitan.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Pengunakan perkataan dan frasa yang tepat sangat penting bagi mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.



  • 3.  Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira faktor mengikut keupayaan dan kemampuan pelajar sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet. Bahan daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet.

Alamat Internet
1. Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
2. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
3. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
4.Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Contoh Alamat Internet:

Koleksi Simpulan Bahasa
http://www.skkionsom.edu.my/v1/simpulan-bahasa.html


Cerita anak: Hikayat bunga kemuning
http://alkisah.ateonsoft.com/2009/01/cerita-anak-hikayat-bunga-kemuning.html





Katalog Internet. 
Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan. Prosedur melakukan katalog internet :
1. mempunyai tajuk
2. Alamat laman
3. Sinopsis.

Rangka membuat katalog internet :

Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.



Contoh Katalog Alamat Internet
:


Tajuk
Koleksi Simpulan Bahasa
URL
http://www.skkionsom.edu.my/v1/simpulan-bahasa.html
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam ini memperkenalkan tentang koleksi simpulan bahasa.


Kesimpulan
Setelah kita mencari kesemua bahan tersebut, bahan perlu di simpan di dalam folder. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan. Seperti contoh yang diberikan, saya telah mencari bahan seperti koleksi simpulan bahasa, seloka pak kaduk, dan imej. Kemudian saya memasukkan bahan tersebut mengikut folder yang telah dikategorikan supaya lebih mudah untuk mencari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini hak milik kekal jendela bahasa melayu. berminat menempah template klik sini caersasuke