Isnin, 16 Januari 2012

Tajuk 2

MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
1. Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
2. Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.

Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Antara bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti audio, video, grafik dan teks. Bahan-bahan ini sangat berguna kerana dapat merangsang minat murid.

Rujukan :
http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm



1. Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

a) Bahan audio
Bahan audio adalah bahan yang berbunyi seperti lagu, nada atau sebagainya. Contohnya, guru boleh menggunakan bunyi ikan untuk menggambarkan sekor ikan, membunyikan bunyi ayam bagi menggambarkan ayam. Melalui penggunaan bahan itu, pelajar dapat membina satu imiginasi dalam membentuk pembendaharaan kata.

Contoh bahan audio :
Bunyi kucing
Bunyi kambing
Bunyi petir dan guruh


b) Bahan video
Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal.

Contoh penggunaan video :



c) Bahan grafik
Bagi seorang guru, pengetahuan terhadap aspek penghasilan bahan grafik digital sangat perlu. Hal ini disebabkan kehendak tugasan mengajar yang memerlukan mereka menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau Bahan Bantu Belajar (BBB). Kemampuan dan kemahiran guru untuk menghasilkan bahan grafik yang sesuai mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajarnya. Bahan yang menarik dan disediakan dalam pelbagai bentuk, warna, dimensi dan komposisi mampu memberikan gambaran yang lebih jelas dan teliti tentang sesuatu topik pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran mudah dicapai dengan bantuan bahan grafik tersebut.

Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua jenis unsur visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu mesej bercetak lebih jelas dan menarik.

Bahan grafik boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum, iaitu:

Grafik Seni :
Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan kesan emosi melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata.


Contoh : 

Gambar yang saya paparkan adalah seekor ayam. Untuk menambah daya rangsangan murid, saya boleh menggunakan bahan audio bunyi ayam. Bahan ini dapat menarik perhatian murid daripada jemu dan bosan ketika belajar.


  Bahan gambar seperti poster "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" dan buku boleh menjadi bahan bantu mengajar bagi memantapkan lagi aktiviti pembelajaran.


Reka Bentuk :
Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan susunan unsur asas dalam rekaan seperti prinsip rekaan, struktur rekaan, warna, bleed, akas (reverse) bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik.



Grafik Maklumat :
Merujuk carta, jadual, peta, dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat secara visual.

 Penggunaan "SmartArt Graphic" melalui PowerPoint dapat memudahkan kerja bagi membuat grafik maklumat.


Contoh :
Penggunaan bahan grafik seperti peta minda, jadual dan carta memudahkan proses pembelajaran.





Ciri-ciri bahan grafik yang baik :

Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat membawai makna yang tersurat dan tersirat, meringkaskan maklumat, menyampaikan maklumat dengan tepat, dan mempunyai nilai seni dan penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.

Rujukan :



d) Bahan teks
Bahan teks boleh digunakan seperti pencarian melalui laman sesawang.
Contoh :

















Dahulu kala ada seorang ibu dengan seorang anak laki-lakinya bernama Malin Kundang hidup dalam keadaan yang sangat miskin. Setelah dewasa, si anak pergi merantau ke negeri orang untuk merubah hidupnya.
Setelah sekian lama dalam perantauan, si pemuda berhasil menjadi seorang saudagar yang kaya-raya dan memperisteri seorang gadis cantik yang berasal dari keturunan orang kaya juga. Suatu ketika, si pemuda yang telah menjadi saudagar tersebut berlayar ke kampung halamannya dikarenakan suatu urusan dagang. Ketika berlabuh dan turun dari kapal layar besarnya, orang-orang kampung mengenalinya sebagai Malin Kundang yang dulu ketika pergi merantau masih dalam keadaan miskin. Orangpun memanggilkan ibunya yang sudah tua bahwa anaknya ada di pelabuhan. Si ibu segera berangkat untuk menemui anaknya. Namun, ketika bertemu bukan kebahagian yang dia dapatkan tetapi cacian dan makian dari si Malin Kundang. Malin Kundang yang telah kaya itu merasa malu kepada orang lain, terutama kepada istrinya bahwa dia berasal dari kalangan orang miskin. Karena itu dia tidak mengakui bahwa perempuan tua itu adalah ibu kandungnya. Bahkan dengan tega dia meludahi ibu kandungnya sendiri dan mengusir dari kapalnya.Si ibu yang merasa sedih dengan kelakuan anaknya apalagi sampai tidak mengakui dia sebagai ibunya, akhirnya berdoa kepada Tuhan untuk memberi hukuman pada anaknya. Tuhan mengabulkan do'anya. Datanglah badai dan ombak besar menghantam kapal layar yang berukuran besar tersebut dan menghempaskannya ke pinggir pantai. Si Malin Kundang yang merasa bersalah akhirnya memohon ampun pada ibunya. Tetapi semuanya sudah terlambat ketika hukuman dari Yang Maha Kuasa sudah datang. Akhirnya Malin Kundang dikutuk menjadi batu. Sampai sekarang, anda dapat menyaksikan batu-batu berbentuk kapal ditepi Pantai Aie Manieh.


Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"
Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil.
Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.
"Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.


Rujukan :
http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/




2. Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini hak milik kekal jendela bahasa melayu. berminat menempah template klik sini caersasuke