1. Memilih bahan sastera
2. Memilih bahan tatabahasa
3. Memilih bahan bidang ilmu lain
Pengenalan
Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai. Namun begitu, penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
Kemahiran dalam Bahasa Melayu
Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
I.Kemahiran berbahasa
II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar
Faktor pemilihan bahan di internet
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan
Kepentingan selepas memilih bahan internet
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.
1. Memilih bahan sastera
Memilih bahan sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.
Jenis-jenis sastera :
a) Pantun
contoh pantun nasihat :
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Rujukan lain :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0
b) Sajak
Rujukan lain :
http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm
c) Seloka
Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
Contoh seloka :
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.
Rujukan seloka lain :
http://resam-melayu.com/2010/01/seloka-melayu.html
d) Gurindam
e) Cerita Pendek
f) Syair
contoh syair nasihat
2. Memilih bahan tatabahasa
Memilih bahan tatabahasa
Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.
Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
i. Kata Nama
- Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
- dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
- a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
- b) Kata Nama Khas
- c) Kata Ganti Nama
- d) Kata Nama Terbitan
- e) Kata bilangan
- Nama Betul
- 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
- Nama Am
- 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
- Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
-
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
- 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
- (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
- (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
- 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
- 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
- buai - buaian
- tua - ketua
- raja - kerajaan
- tahu - pengetahuan
- Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
- Contoh:
-
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
- Kata Nama Khas
- 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
- 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
- Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
- Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
- a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
- b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
- c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
- d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
- Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
-
manusia
Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
binatang
Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)
- Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
-
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan kereta buku sekolah
Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau
Orang
doktor kerani guru budak lelaki
Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi
Binatang
kucing lembu katak ayam burung
Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai
Tempat
negeri bandar kampung tasek
Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang cili jambu limau
Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi
- Kata nama Terbitan
- Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
- Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
- di awal kata ( awalan )
- di akhir kata ( akhiran )
- di awal dan di akhir kata ( apitan )
- Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
-
- di awal kata
- pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
- di akhir kata
- -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
- di awal dan di akhir kata
- per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
- Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga latih bawa lawan
peragawati latihan pembawaan perlawanan
kata sendi
oleh untuk
perolehan peruntukan
kata nama
lombong rumah guru
perlonbongan perumahan perguruan
kata adjektif
cantik besar tinggi
kecantikan pembesar ketinggian
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
ii. Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif
B.Kata Kerja Tak Transitif
A. Kata Kerja Transitif (KKT)
1. Kata Kerja TransitIf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek ).
2. Ayat mesti ada penyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya, mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan,memper,memper...i, dan memper...kan.
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
B. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu KKTT tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Bacaan lebih lanjut / rujukan :
http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1153&Itemid=486
iii. Kata Tugas
Rujukan :
http://www.slideshare.net/ibnihakim/5-kata-tugasiv. Kata Sendi Nama
Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama. contoh sendi nama :
Kata sendi Fungsi atau kegunaan
Di [tempat / arah]
Ke [tempat / arah / masa]
Dari [tempat / arah / masa]
Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
Pada [tempat / masa / benda / perkara]
Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
Demi [tujuan]
Untuk [tujuan / kepada / bahagian]
Bagi [tujuan]
v. Peribahasa
Pautan : http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/ vi. Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.
Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c) Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.
Contoh:
Simpulan Bahasa : Maksud
Panjang tangan :Suka mencuri
Periuk nasi : Punca pencarian
Buruk siku : sudah diberi, diambil balik
Ikat perut : Berjimat makan dan minum
Kaki bangku : Tidak tahu bermain misalnya bola.
Rujukan :
http://www.tutor.com.my/stpm/peribahasa/peribahasa.htm
3. Memilih bahan bidang ilmu lain
Memilih bahan bidang ilmu lain
Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
Jenis bidang ilmu lain :
I.Ilmu Agama
II.Ilmu Sains
III.Ilmu Matematik
IV.Ilmu Sejarah
V.Ilmu Kajian Geografi
VI.Ilmu Semasa
Rujukan :
http://rohaniramadzanbmm3105.blogspot.com/2011/04/tajuk-4-pemilihan-bahan-internet-untuk.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan