Selasa, 14 Februari 2012

Tajuk 5

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
1. Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
2. Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
3. Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
4. Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

  • Pengenalan
Pada masa ini, penggunaan Internet dan laman web pendidikan
bukanlah suatu yang asing kerana ia telah diperkenalkan sejak pertengahan
tahun 1990an lagi. Collins (1996) telah menyatakan bahawa tahun 1996/97
merupakan era Internet dalam pendidikan bermula. Di negara ini sudah mula
wujud laman-laman web yang dibina khusus untuk tujuan pendidikan, sama
ada oleh jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta atau individu tertentu.
Antaranya ialah seperti TM School Net, Portal Pendidikan Utusan, ESekolah,
E-Tuisyen, MahirNet, Cikgu Net dan sebagainya.



1. Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup


Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.antaranya ialah :









2. Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.

Antara contoh-contoh jenis laman web:



Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah:

a)  Reka bentuk paparan skrin -Haruslah yang menarik, mudah

b) Grafik - Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

c) Font atau muka taip
(i) Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
(ii) Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
(iii)  Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.

d)Ikon 
-Reka bentuk yang sesuai dengan topik
-Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)

e)Pautan hyperteks
-Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
-Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan

f) Format gambar
-Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
-Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
-Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

g) Format fail gambar -Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

h) Animasi
- Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
-Animasi multimedia lebih kompleks
-Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
-Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


3. Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
4. Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini hak milik kekal jendela bahasa melayu. berminat menempah template klik sini caersasuke